• Apr 18, 2025

Home Top Ad

Tips melindungi komputer dari ancaman virus dan malware


virus-komputer

Tips melindungi komputer anda dari ancaman virus/spyware/adware dan lain-lain lagi.

Berikut ada beberapa cadangan. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu melindungi sistem operasi komputer atau laptop anda dari dirosakkan virus.

1. Guna browser terkini

Cadangan : Guna browser terkini yang selamat dan pantas seperti Mozilla Firefox, Google Chrome dan Opera.
Spreadfirefox Affiliate Button

2. Memasang perisian antivirus
kaspersky antivirus 2009


Perisian antivirus antara perisian terpenting untuk melindungi komputer dari serangan virus. Ada berbagai-bagai jenis produk antivirus dari syarikat yang berlainan. Ada antivirus yang percuma dan ada yang berbayar.

Antivirus yang popular antaranya ialah:
- AVG Antivirus (versi percuma dan berbayar)
- Avira antivir (versi percuma dan berbayar)
- Avast Antivirus (versi percuma dan berbayar)
- Bitdefender (versi percuma dan berbayar)
- Nod32 (versi percuma dan berbayar)
- Norton (shareware)
- McAfee (shareware)
- Rising Antivirus (versi percuma dan berbayar)

3. Memasang perisian antispyware
spyware


Spyware tidak sama dengan virus. Virus merosakkan sistem operasi windows manakala spyware bertujuan mencuri data-data dari komputer anda secara tersembunyi. Adware pula menyebabkan windows anda penuh dengan popup iklan, popup laman web lucah dan sebagainya.

Antara perisian antispyware popular:
- Threatfire (versi percuma dan berbayar)
- PcTools Spyware Doctor (shareware)
- Lavasoft Ad-aware (versi percuma dan berbayar)
- Malwarebytes (versi percuma dan berbayar)
- Superantispyware (versi percuma dan berbayar)
- Spysweeper (berbayar)
- Spyware terminator (percuma)

4. Tips tambahan
advanced-systemcare

- Windows firewall sangat tidak boleh diharap. Alternatifnya, anda boleh memasang perisian firewall 3rd party seperti Comodo Firewall.

- Ninja Pendisk dapat membuang file autorun.inf dari pendrive anda (sesuai untuk perlindungan dari virus yang merebak dari pendrive)

- Autorun eater juga mampu membuang file autorun.inf dari drive anda. Ia juga berfungsi membaik pulih kerosakan yang biasa dilakukan virus seperti restore folder option, enable task manager dan enable regedit.

- XP-antispy sangat berguna untuk pengguna windows xp. Berfungsi untuk tweak windows kepada setting yang lebih selamat dan ketat dari segi sekuriti.

- Perisian Advanced System Care (percuma) sangat berguna untuk tweak windows. Juga berfungsi memastikan komputer anda tidak dijangkiti spyware.

- Memasang extension NoScript untuk firefox. Berupaya disable semua javascript dalam website yang anda anda lawati. Extension Adblock Plus untuk menapis segala bentuk ads/images/frames dalam website. Extension WOT untuk perlindungan dari memasuki laman web yang tidak selamat – contohnya laman web warez, lucah dsb.

- Menggunakan Tune Up Utilities 2009 untuk tweak setting windows anda kepada yang lebih baik. Mempunyai fungsi yang sangat berguna seperti registry editor, task manager, system control, startup optimizer dsb.

- Jika anda gemar menorrent, seeloknya scan dulu file yang anda download sebelum buka. Setengah file yang terdapat pada laman torrent adalah fake/palsu dan mengandungi virus dan spyware.

- Sebelum cucuk pendrive, scan dulu dengan antivirus anda. Elakkan buka dengan cara double klik pada icon drive, seeloknya buka dari adress bar dalam my computer.

- Jika terdapat masalah pada komputer anda, cuba scan dengan hijackthis. Upload log itu kepada forum-forum komputer untuk bertanyakan nasihat pakar. Terdapat virus yang tidak dapat dibuang oleh antivirus jadi cadangan dari pakar-pakar sekuriti amatlah penting bagi tujuan membuang virus degil tersebut.

Sumber : jomPHP
Tips melindungi komputer dari ancaman virus dan malware Tips melindungi komputer dari ancaman virus dan malware Reviewed by FJ on 3:16 AM Rating: 5

No comments