Cara Memeriksa Tahap Kesihatan Bateri Laptop
Performance bateri laptop akan menurun dalam masa ke semasa. Sampai satu tahap, bateri laptop akan gagal berfungsi dengan baik seperti waktu mula-mula beli dan anda terpaksa tukar bateri laptop baru. Kalau mula-mula beli bateri tahan 3-4 jam, tetapi 3 atau 4 tahun kemudian bateri boleh guna 10-20 minit sahaja.
Jika anda ingin memeriksa tahap kesihatan bateri laptop anda, ikut tutorial ringkas (tetapi penuh teknikal) ini.
Masuk command prompt; type CMD pada start menu.
Taip powercfg – energy dan tekan enter.
Selepas itu, command prompt akan memberitahu jumlah error (jika ada), jumlah warnings dan maklumat mengenai bateri laptop anda. Report akan disimpan di dalam folder USER pada windows anda.
Report yang diberikan menggunakan banyak term-term yang teknikal dan sukar difahami.
Contoh, capacity asal ialah 48840 namun last full charge capacity hanya 31768 bermakna capacity bateri laptop telah degrade selepas bertahun digunakan.
Jika bateri laptop anda banyak sangat error dan warning, serta capacity makin berkurang ada baiknya tukar bateri laptop baru atau gunakan power cable sahaja.
Sumber : jomPHP
Cara Memeriksa Tahap Kesihatan Bateri Laptop
Reviewed by FJ
on
4:29 PM
Rating:
No comments