• Apr 25, 2025

Home Top Ad

Ninja Pendisk: Lindungi Komputer Anda Daripada Virus Pendrive




Anda kenal RavmonE, Flash10, RVHost, Brontok dll? Untuk pengetahuan anda, itu bukanlah nama seseorang individu tetapi ialah nama kepada virus\worm\trojan yang biasa menyerang sistem windows anda melalui peranti mudah alih seperti pendrive  .
Ninja Pendisk

Kali ini, penulis akan memperkenalkan satu software yang dapat melindungi komputer anda daripada jangkitan virus melalui pendrive, iaitu Ninja Pendisk. Ianya sangat ringan malah ianya juga percuma dan mudah alih (portable) dan amat digalakkan untuk digunakan dimana – mana komputer.



Ninja Pendisk akan segera mendelete file-file yang dicurigai seperti Autorun.inf yang biasa digunakan oleh penulis virus untuk melancarkan file-file atau kod-kod malicious yakni virus yang tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah menjangkiti komputer host.

Ninja Pendisk juga akan memberi imunisasi kepada pendrive anda agar ianya tidak mudah dijangkiti virus sekiranya anda mencucuk pendrive tersebut di komputer lain yang dijangkiti virus.

Download Ninja Pendisk.
Anda hanya perlu cucuk pendrive untuk memulakan proses imunisasi.

Selain perlindungan daripada virus, Ninja Pendisk juga mempunyai fungsi tambahan iaitu chat melalui lan. Menarik bukan?


Jika anda rasa software ini sangat berguna, sila sebar kepada rakan-rakan anda. Hidup ceria tanpa virus .

Sumber : jomPHP


Ninja Pendisk: Lindungi Komputer Anda Daripada Virus Pendrive Ninja Pendisk: Lindungi Komputer Anda Daripada Virus Pendrive Reviewed by FJ on 4:21 PM Rating: 5

No comments