• Apr 28, 2025

Home Top Ad

Cara Membuat Full Backup Windows dengan Macrium Reflect


macrium
Jika anda sudah bosan memformat windows kerana pelbagai masalah yang dihadapi, sudah tiba masanya anda menggunakan software untuk membackup windows anda.

Software yang popular bagi tujuan ini ialah Norton Ghost, tetapi malangnya Norton Ghost merupakan software berbayar. Alternatif lain yang percuma untuk tutorial ini iaitu Macrium Reflect.


Langkah untuk backup:

1.Download dan install Macrium Reflect Free Edition

2.Run software Macrium Reflect.

macrium2

3.Klik pada menu Backup->Create Image

mac3

4.Pilih partition yang mengandungi windows anda.

mac4

5.Pilih lokasi untuk backup image anda. Anda boleh pilih untuk simpan dalam hard disk, dalam dvd atau dalam network folder.

mac5

6.Klik Finish dan proses membackup akan bermula.

mac6



Langkah untuk restore:

1.Klik menu Restore->Restore Image

mac7

2.Klik Next

3.Cari dimana image backup terletak dan klik Next.

mac8

4.Klik Next

mac9

5.Pilih partition yang mengandungi Windows yang sedang gunakan. Atau jika anda mahu restore ke partition lain, tick pada partition yang anda mahu.
mac10

6.Pilih option 3 jika anda menghadapi masalah ini.Pastikan anda telah membuat Recovery CD.Tutorial ada dibawah.

mac11



Langkah membuat Recovery CD:

1.Klik pada menu Other Tasks.

mac12

2.Jika anda menggunakan Window XP,pilih BartPE. Anda juga boleh memilih Linux.

mac13

3.Jika anda menggunakan Windows Vista, pilih option Linux.

mac14

4.Klik Finish dan proses burn Rescue CD akan bermula.

mac15

Sekiranya windows anda menghadapi masalah yang sangat teruk dan tidak dapat boot, anda hanya perlu boot Rescue CD dan restore kembali image yang telah dibackup.

Selamat mencuba..


Sumber : jomPHP
Cara Membuat Full Backup Windows dengan Macrium Reflect Cara Membuat Full Backup Windows dengan Macrium Reflect Reviewed by FJ on 12:46 AM Rating: 5

No comments