• Apr 25, 2025

Home Top Ad

Fyroo.Com – laman sharing video Malaysia






Fyroo.com ialah satu lagi laman sharing video berkonsepkan youtube yang diusahakan oleh rakyat Malaysia sendiri selain Mangga.tv. Bagi penulis, ini adalah satu inisiatif yang positif, menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin giat menceburkan diri di dalam gelanggang arena Web 2.0 yang diakui sangat mencabar dan banyak persaingan.

Untuk mencuba perkhidmatan Fyroo.com ini, penulis meluangkan masa antara 10-15 minit untuk menganalisis disamping mengumpul data-data yang diperlukan untuk menulis artikel.


 
Sedikit ulasan mengenai Fyroo.com:
1) Tema dan layout menarik.
2) Upload max 100mb saiz.
3) Boleh embed video (friendster, blogger dll).
4) Format video; MPEG Audio Layer 3 22050Hz stereo 8Kbps [Audio]
Video: Flash Video 1 320×240 [Video]. Kualiti biasa.
5) Streaming kurang memuaskan dan interface player tidak menarik.
Penulis berharap dimasa akan datang laman Fyroo ini akan diupdate kepada tahap yang lebih baik dan berupaya menjadi laman sharing video nombor 1 di Malaysia. Biasalah, awal-awal ni mesti banyak kelemahan lagi, contohnya tidak menyembunyikan location file flv, yang mana membolehkan pengguna lain untuk download video secara terus dari server Fyroo. Ini boleh mengakibatkan kerugian yang besar dari segi bandwith kepada pemilik laman ini.

Right click > View Page Source > control + f , locate file .flv > download


Sumber: jomPHP


Fyroo.Com – laman sharing video Malaysia Fyroo.Com – laman sharing video Malaysia Reviewed by FJ on 3:51 PM Rating: 5

No comments