Home Top Ad

RazakSat-2 Bantu Pembangunan Pertanian, Pengesanan Awal Bencana Alam


KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Satelit mini kedua Malaysia, RazakSAT-2 yang dijangka dilancar penghujung 2015, antara lain akan memberi tumpuan terhadap teknologi pemetaan bagi pembangunan pertanian dan pengesanan awal bencana alam.

Timbalan Menteri Teknologi, Sains dan Inovasi Datuk Abu Bakar Mohamad Diah berkata satelit penderiaan jauh itu diharap memberi lebih manfaat kepada negara terutama daripada segi membantu kerajaan membuat keputusan jika berlaku bencana alam di negara ini.

"Kali ini kita mahu pastikan kepakaran dan teknologi tempatan diguna pakai sepenuhnya untuk kita sendiri mengawal serta mengumpul data dari satelit ini tanpa bantuan pihak lain.

"Pihak kementerian juga tidak akan menunggu lama dalam membangunkan rancangan bagi RazakSAT-3 untuk pelancaran tiga atau empat tahun selepas pelancaran RazakSAT-2," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolokium Satelit Mini 2013 (SSC 2013) di sini Khamis.

RazakSAT-2 dibangunkan Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB) yang merupakan syarikat perintis dalam pembangunan satelit di Malaysia.

Abu Bakar berkata tiga lagi satelit mikro bakal dilancar dalam masa terdekat bagi tujuan pembangunan sains dan penyelidikan.

SSC 2013 adalah kolokium kedua dianjurkan ATSB yang berhasrat mengadakan acara itu setiap tahun dengan secara bergilir dengan universiti tempat sebagai rakan strategik kolokium.

Kira-kira 100 peserta mewakili agensi-agensi kerajaan, ahli akademik, pelajar dan industri serta organisasi tempat dan antarabangsa menyertai kolokium.

-- BERNAMA
RazakSat-2 Bantu Pembangunan Pertanian, Pengesanan Awal Bencana Alam RazakSat-2 Bantu Pembangunan Pertanian, Pengesanan Awal Bencana Alam Reviewed by FJ on 5:09 PM Rating: 5

No comments