Home Top Ad

1000 Penonton Banjiri Pawagam di Sitiawan Untuk Tanda Putera


Lebih 1,000 orang membanjiri pawagam MBO di Sitiawan sempena Tayangan Khas Filem Tanda Putera jam 9.30 pagi 8 September lepas.

Program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pasir Panjang ini dihadiri oleh kakitangan jabatan kerajaan di daerah Manjung, wakil-wakil NGO, JKKK serta parti politik dalam bahagian Lumut.

ADUN Pasir Panjang, Rashidi Ibrahim berkata, filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu diharap dapat menaikkan semangat sempena bulan kemerdekaan serta ulangtahun ke-50 Malaysia, 16 September ini.

Menurutnya, filem ini bagus ditonton golongan muda agar mereka mendapat kesedaran dan dijadikan iktibar bagi mempertahankan negara daripada sebarang bentuk ancaman.

Beliau berkata, pawagam itu mempunyai empat dewan yang boleh memuatkan 812 orang dan disebabkan sambutan yang amat menggalakkan, ada di antara penonton yang sanggup duduk di bahagian tangga untuk bersama-sama melihat filem itu.

"Setiap apa yang dimiliki kita pada waktu ini adalah sesuatu yang perlu diwariskan kepada generasi pada masa akan datang.

"Setiap keamanan dan kesatuan harus dipelihara agar negara kita Malaysia tidak jatuh ke tangan pihak lain," katanya kepada pemberita.

Salah seorang penonton, Zuraini Jayosman, 27, berkata, filem itu memberi kesan yang amat mendalam pada setiap orang yang menonton kerana ia memberi kesedaran bahawa apa yang dikecapi pada masa sekarang bukanlah mudah seperti yang disangkakan.

Tambahnya, rakyat harus menjaga negara tercinta daripada warga asing agar perpaduan sesama kaum dapat disemat dan dijaga bagi generasi muda akan datang.

Dalam pada itu, penonton yang hadir berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang disediakan.

Setiap peserta hanya perlu menjawab lima soalan berkenaan filem tersebut serta memberi komen mengenainya tidak melebihi 20 patah perkataan.


Sumber : peraknews
1000 Penonton Banjiri Pawagam di Sitiawan Untuk Tanda Putera 1000 Penonton Banjiri Pawagam di Sitiawan Untuk Tanda Putera Reviewed by FJ on 4:13 PM Rating: 5

No comments