Home Top Ad

BICARA WAWASAN BERSAMA Y.A.BHG. TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD





Bicara Wawasan “Persediaan Belia Dalam Mendokong Wawasan 2020″ Bersama Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad bertempat di International Youth Centre(IYC) Cheras, Kuala Lumpur sempena sambutan ulang tahun IYC ke-25 pada 25 Sepetember 2013.


Tarikh : 25 September 2013 ( Rabu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Kampo, IYC Cheras, Kuala Lumpur

IYC adalah antara lain simbol “Dasar Pandang Ke Timur” serta gagasan sokongan kerajaan Malaysia dalam pembangunan belia dan penglibatan aktif pemimpin-pemimpin belia Malaysia di rantau Asia. IYC mempunyai rangkaian strategik dengan Alumni Peserta Kapal Belia Asia Tenggara( KABESA), Persatuan Pandang Ketimur (ALEPS) dan Persatuan Alumni Malaysia-Jepun (PAMAJA ). Turut hadir adalah Ahli-ahli Lembaga IYC, barisan kepimpinan baru dan lama Majlis Belia Asia (AYC), Jawatankuasa Kerjasama Belia ASEAN(CAYC), Majlis Belia Malaysia (MBM), alumni IYC dan lain-lain jemputan seramai 500 orang.

Program ini ingin mendapatkan cetusan impian, harapan dan pandangan keadaan semasa pembangunan belia dalam ruang lingkup Wawasan 2020 yang Yang Amat Berbahagia Tun ingin berkongsi dan dihayati oleh belia dan pemimpin-pemimpin belia generasi baru sekarang.
BICARA WAWASAN BERSAMA Y.A.BHG. TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD BICARA WAWASAN BERSAMA Y.A.BHG. TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD Reviewed by FJ on 5:06 AM Rating: 5

No comments