Jihad Nafsu
Jihad nafsu
Nafsu ialah sesuatu yang rohaniah dan ghaib. Nafsu yang ada
pada manusia pada umunya mengajak manusia melakukan yang buruk, jika tidak
dikawal. Hal ini dapat membuktikan dengan jelas melalui firman ALLAH dalam
surah Yusuf, ayat 53 yang bermaksud;
“sesungguhnya nafsu
selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang memberi rahmat oleh
Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku maha pengampun lagi maha penyayang”.
Berdasarkan fahaman kepada sebuah hadis nabi S.A.W melawan
nafsu inilah yang dikatakan jihad Al-Akbar (jihad yang besar). Jihad yang lain
itu dianggap kecil walaupun jihad dalam peperangan melawan musuh Islam.
Semasa Nabi S.A.W dan para sahabat sedang dalam perjalanan
balik dari perang Badar mempertahankan Madinah daripada serangan orang kafir
pada tahun 2H, Nabi S.A.W bersabda kepada sahabat: “kita balik daripada
jihad yang kecil dan menuju jihad yang
besar”. Sahabat bertanya: “Adakah lagi jihad yang lebih besar daripada ini
(perang Badar), ya Rasulullah?” Nabi S.A.W menjawab: “Ya, iaitu jihad melawan
hawa nafsu”.
Daripada hadis ini, dapat kita fahami bahawa jihad yang
besar itu iaitu jihad melawan hawa nafsu. Jadi, nafsu itu ialah apabila kita
menginginkan sesuatu yang tidak bermanfaat kepada diri, keluarga dan agama.
Pada masa inilah kita perlu mengingati tuhan sebelum perkara-perkara yang tidak
diingini berlaku. Contohnya, apabila nafsu kita menginginkan sesuatu yang
berharga dan kita pula tidak ada wang untuk tujuan tersebut, maka kita perlu
berjihad, yakni dengan menuggu masa untuk membelinya.
Apabila berjihad, orang yang
sabra tidak akan membeli barangan itu, sebaliknya orang yang tidak berjihad dia
tetap akan membeli barangan itu, walaupun terpaksa menanggung hutang sekian
lama. Orang mengikut nafsu gagal berjihad tetapi orang yang mampu melawan
nafsunya, ia telah Berjaya dalam jihadnya.
Jihad Nafsu
Reviewed by FJ
on
6:26 AM
Rating:




No comments