Hijrah sebagai Satu Jihad
HIJRAH SEBAGAI SATU JIHAD
Hijrah bermaksud “pindah”. Tetapi dalam hal ini, yang hendak
kita bincangkan ialah peristiwa hijrah itu sendiri, iaitu perpindahan
RASULULLAH S.A.W dan para sahabat daripada Mekah ke Madinah. Hijrah ini
merupakan satu jihad yang sangat besar dan merangkumi semua bahagian jihad yang
kita sebutkan tadi.
Bentuk atau jenis jihad yang dilakukan oleh orang Muhajirin
bersama-sama dengan RASULULLAH S.A.W, bole kita analisis seperti berikut:
i.
Orang Muhajirin terpaksa
meninggalkan harta benda mereka di Makkah. Mereka dilarang membawa harta benda
semasa berhijrah melainkan hanya unta tunggangan mereka dan beberapa helai
pakaian. Harta lain dirampas oleh kaum Quraisy.
ii.
Orang Islam terpaksa
meninggalkan keluarga, malah sebahagiannya terpaksa meninggalkan suami atau
isteri yang tidak beriman.
iii.
Orang Islam terpaksa
meninggalkan kampung halaman dan rumahtangga mereka. Mereka dating ke Madinah
dalam keadaan sehelai sepinggang.
Ketiga-tiga bentuk pengorbanan itu adalah jihad. Mereka
sanggup melakukan hijrah kerana mentaati perintah ALLAH. Mereka sanggup berjuang
dan berkorban untuk menegakkan agama Islam. Dengan izin ALLAH, dalam masa yang
singkat sahaja mereka dapat mengumpulkan harta benda dan kekayaan yang hilang
itu semula. ALLAH mengurniakan mereka kekuatan yang menggerunkan pihak musuh.
HIKMAH HIJRAH
Hijrah Rasulullah S.A.W dan sahabat-sahabat baginda banyak
hikmahnya, antaranya termasuklah:
i.
Lahirnya Negara Islam;
ii.
Adanya pemimpin Islam;
iii.
Wujud pemerintah Islam;
iv.
Adanya tentera Islam;
v.
Adanya ekonomi Islam; dan
vi.
Berkembangnya ekonomi Islam ke
seluruh pelosok dunia.
Hijrah sebagai Satu Jihad
Reviewed by FJ
on
6:47 PM
Rating:




No comments