Home Top Ad

Lantik Ejen Terpilih Bagi Penjualan Telefon Mudah Alih 3G - Perbit




KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit (Perbit) Malaysia menyarankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melantik ejen terpilih bagi menjual telefon pintar 3G asli, kepada golongan belia yang menerima rebat RM200.

Presiden Perbit Mohd Ali Ibrahim berkata dengan adanya permintaan daripada kira-kira 1.5 juta pengguna, bekalan telefon pintar 3G mungkin terjejas dan menyebabkan pengedar mengambil kesempatan menjual telefon yang tidak asli dan menaikkan harga sewenang-wenangnya.

"Kita mesti mengawal telefon yang asli kerana lebih kurang 50 peratus telefon mudah alih tidak asli terdapat di pasaran. Harap kerajaan dapat mengawal keadaan ini secara profesional dengan hanya membenarkan pengedar yang diiktiraf sahaja menjualnya," katanya kepada Bernama di sini Ahad.

Mohd Ali turut menyambut baik peruntukan RM300 juta yang bakal dimanfaatkan oleh 1.5 juta belia bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam Belanjawan 2013.

Beliau turut mencadangkan SKMM dan syarikat telekomunikasi mewujudkan pakej khas bagi golongan belia yang membeli telefon pintar tersebut supaya mereka dapat mengawal penggunaan talian.

-- BERNAMA

Lantik Ejen Terpilih Bagi Penjualan Telefon Mudah Alih 3G - Perbit Lantik Ejen Terpilih Bagi Penjualan Telefon Mudah Alih 3G - Perbit Reviewed by FJ on 4:09 PM Rating: 5

No comments