Home Top Ad

Jihad



Jihad hati
Jiahd ini bermaksud melawan sesuatu kehendak itu dengan hati. Sebagai contohnya, perasaan kita menginginkan sesuatu yang buruk, tetapi pada masa yang sama hati masih rasional dan berupaya melawan dengan tidak melakukan perkara tersebut. Atau dalam keadaan yang lain kita melihat sesuatu yang buruk sedang dilakukan oleh orang lain, misalnya sekumpulan pemuda sedang menghisap dadah. Sepatutnya kita larang atau sekurang-kurangnya kita nasihat mereka supaya mengentikan perbuatan yang buruk dan merugikan itu, tetapi kita bimbang akan ancaman mereka. Maka pada masa itu, hati berasa benci terhadap perbuatan itu tergolong dalam sebagai jihad, iaitu jihad dengan hati.

Dalam hal ini, Abu Said al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran maka ia hendaklah mengubahnya(ditegah) dengan tangannya, dan jika tidak berkuasa (berbuat demikian) hendaklah ia mengubahnya dengan lidah, dan jika tidak berkuasa dengan lidah, maka ubahlah dengan hati, yang demikian itu adalah selemah-lemah hati”.

Jihad lisan
Berdasarkan makna hadis yang dibentangkan diatas, jihad ini lebih tinggi nilainya daripada jihad hati, jihad lisan atau jihad kalam ialah orang yang berusaha untuk menerangkan sesuatu yang baik atau menyebut sesuatu yang buruk serta menegah orang daripada melakukannya, walaupun tidak disukai oleh orang lain atau orang menentang. Usaha itu tergolong sebagai jihad kerana walaupun ditentang dia tetap juga menegakkan kebenaran.

Jihad ilmu
Jihad ini mempunyai tiga maksud:
·         Jihad untuk mencari ilmu;
·         Jihad untuk mengamalkan ilmu; dan
·         Jihad untuk menyampaikan ilmu.

Ketiga-tiga jihad ini memerlukan perjuangan dan jihad. Tanpa mempunyai hati yang cekal seseorang itu tidak mampu berjihad dengan cara ini.

Jihad wang (harta benda)
Jihad ini bermaksud sanggup membelanjakan sebahagian daripada hartanya untuk melakukan sesuatu perintah agama, sama ada untuk faedah diri ataupun untuk orang lain. Sebagai contohnya, ibadat zakat. Ia merupakan suatu tuntutan Islam ke atas umatnya supaya mengeluarkan zakat harta. Pemberian zakat adalah satu jihad kerana tidak perlu malawan nafsu yang bakhil supaya dapat mengeluarkan sebahagian daripada harta yang ada untuk diberikan kepada orang fakir miskin.

Jihad badan (tenaga)
Jihad ini bermaksud kita menggunakan tenaga untuk kepentingan diri, keluarga, dan juga masyarakat. Sebagai contoh, dalam masyarakat di tempat tinggal atau di tempat kita bekerja, ada masanya mereka memerlukan tenaga atau kepakaran kita. Maka pada masa itu, kita mesti menyumbangkan tenaga kita untuk keperluan mereka. Sikap bantu-membantu dalam membuat sesuatu kebajikan itu tergolong sebagai jihad.

Dalam ibadat haji, terdapat satu amalan jihad yang cukup lengkap. Orang yang pergi ke Tanah Suci untuk menunaikan haji terpaksa membelanjakan sebahagian daripada hartanya, kemudian memerah tenaganya untuk menunaikan ibadat dalam keadaan yang tidak selesa – terpaksa berhimpit-himpit dengan orang ramai dan sebagainya. Orang yang mengerjakan haji ini telah mengorban perasaan kerana bersedia untuk meninggalkan keluarganya sekian lama semata-mata hendak menyahut seruan ALLAH S.W.T. pengorbanan dan ibadah ini juga tergolong sebagai jihad.

Jihad nyawa
Jihad ini diperlukan dalam keadaan tertentu sahaja. Misalnya, apabila Negara diserang musuh. Pada masa itu setiap warga Negara wajib berjihad. Bukan hanya mengangkat senjata untuk melawan musuh sahaja tetapi juga melalui pelbagai tindakan yang dapat untuk menyelamatkan Negara. Pada ketika itu nyawalah yang menjadi taruhannya.

Setiap orang yang berjihad walau dalam apa keadaan sekalipun, sama ada dengan hati, lisan dan tenaga hinggalah kepada nyawa, maka semuanya mendapat pahala yang besar di sisi ALLAH S.W.T.
Jihad Jihad Reviewed by FJ on 4:28 PM Rating: 5

No comments